Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA!

Anda pasti terkejut dan tak sangka antara barang yang paling banyak dicari orang salah satunya adalah jualan kopi di pasaran ebay USA oleh ebay seller Malaysia mengikut statistik dari data terapeak bermula dari 6 Feb 2017 sehingga 6 Feb 2018 telah mencecah 2 juta USD dalam masa setahun.

Banyak kan? Dalam ringgit Malaysia bersamaan dengan RM7.95 juta!

Ini adalah data bilangan unit terjual setiap hari oleh 93 orang seller malaysia.

Dari segi persaingan pula ianya adalah sangat sihat sebab hanya 93 orang sahaja seller dari Malaysia.

Berita baiknya juga jualan kopi ini adalah hanya terdapat 524 seller dari seluruh dunia yang berkongsi “kek” di pasaran USA.

Apa yang lebih mengejutkan adalah 65% hasil jualan dalam masa setahun pada tahun 2017 adalah dikuasai oleh ebay seller Malaysia!

Jika anda turut sama-sama membuat jualan kopi ini anda tidak akan menghadapi persaingan dari ebay seller China yang ramai orang takuti dengan harga yg diorang offer jauh lebih murah.

Jika anda tengok statistik di bawah terdapat sebanyak 13k++ iklan yang terdapat di ebay.com oleh seller Malaysia dan 20k++ iklan dari seller USA dan zero seller China.

Ini sudah cukup bagus, sebab seller china tak mampu nak jual kopi ni.

Apa yang lebih membanggakan lagi walaupun jumlah iklan dalam masa setahun oleh ebay seller malaysia lebih kecil berbanding ebay seller USA, ebay seller Malaysia berjaya membuat jualan di pasaran USA dengan lebih tinggi berbanding seller dari negara mereka sendiri.

Maknanya conversion rate iklan oleh ebay seller Malaysia lebih tinggi.

Ramai buyer USA lebih berminat untuk membeli produk kopi ini dari ebay seller Malaysia.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan oleh anak Malaysia. Siapa kata seller Malaysia tak boleh buat jualan lebih banyak dari seller USA? 😉

Dengan rekod setahun jual terendah sehari adalah sebanyak 5 unit pada 23 Jan 2018 dan 31 Jan 2018 dan rekod tertinggi dalam sehari sebanyak 75 unit pada 28 mac 2017 dengan purata jualan sehari adalah 39 unit.

Sebenarnya ebay adalah satu platform yang saya gelarkan sebagai “The Hidden Treasure” yang ramai orang terlepas pandang potensi future earning yg akan anda perolehi.

Ini baru satu jenis kopi sahaja, belum lagi data-data dari produk lain yang di jual oleh ebay seller Malaysia!

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya masalah UTAMA yang dihadapi oleh new seller adalah macam mana nak cari produk yang betul-betul ada demand.

Jadi untuk pastikan anda mampu buat jualan yg lebih pantas di market ebay USA pasti ada senjata yang digunakan untuk buat “simple research” ni.

Saya cadangkan anda gunakan terapeak untuk analisis dan mengenalpasti barang apa yang hot dan tengah trending di pasaran USA.

Dengan adanya terapeak, akaun kerja anda lebih mudah untuk buat kajian tentang produk-produk yang hot dan sentiasa ada demand yang tinggi di mana-mana pasaran ebay negara yang hendak kita pasarkan.

So risiko untuk berlaku lambakan stok tidak terjual adalah sangat-sangat rendah.

Sebab anda telah ada proven statistik yang menunjukkan produk anda nak jual tu ada demand yang tinggi yang dicari oleh potential buyer.

Jika anda belum ada akaun ebay lagi. Masih belum terlambat untuk anda buka akaun ebay, ianya adalah percuma!

Tak salah untuk anda mencuba. Sebab yang akan dapat hasilnya nanti adalah anda juga 😉

Ini adalah produk hasil kajian pasaran yang dibuat menggunakan terapeak.

Hasilnya memang sangat memuaskan. Ia berjaya boost sales jualan di akaun ebay dan stok yang ada sentiasa habis cepat.

Sebab itulah untuk menghasilkan jualan di Ebay, sangat penting untuk anda mengetahui strategi yang betul bagaimana untuk membuat kajian pasaran terlebih dahulu.

Kenalpasti apa produk yang mudah terjual & sedang trending.

Jika anda nak belajar lebih terperinci bagaimana untuk mencari barang yang paling banyak dicari orang dan membuat research serta mengenalpasti produk yang hot serta mudah terjual di ebay..

Anda boleh rujuk video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM) di sini.

Ia menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk lakukan market research dengan cara yang betul dan terbukti berkesan.

Semoga bermanfaat & jangan lupa share post ni 🙂

(Visited 1,543 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top