Pentingkah Buat Kajian Pasaran Sebelum Menjual Di Ebay?

Hari ini saya nak cerita sedikit sejarah tentang terapeak dan ebay.

Pada penghujung tahun 2017, 13 December 2017,  company ebay telah mengumumkan untuk membeli syarikat terapeak untuk bergabung dengan seller hub mereka.

Terapeak telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh dua orang ebay power seller di Canada. Tujuan penubuhan syarikat database ebay ini adalah untuk membantu para penjual di ebay mengoptimumkan jualan mereka pada titik maksimum.

Kenapa ebay sanggup beli syarikat terapeak ni?

Penting sangat ke syarikat Terapeak ni?

Jawapannya sudah tentulah sangat penting!

Sebabnya Terapeak mempunyai fungsi menganalisis data jualan di ebay untuk seluruh negara yang ada di dunia ni.

Tapi tak perlu la saya nak cakap dalam skop yang terlalu besar. Tujuan saya buat artikel ni adalah untuk bagi panduan kepada anda dan tunjukkan kepada anda betapa pentingnya market research ni.

Sampaikan ebay sendiri yang dah mempunyai capital dan future earning yang terjamin pun masih tidak pandang sinis kepada syarikat terapeak. Walaupun terapeak hanyalah company yang kecil sahaja berbanding ebay.

Sedangkan terapeak adalah jauh lebih muda dari usia ebay itu sendiri.

Sebab ebay tau, terapeak ada segala rahsia data jualan dari ebay yang perlu ebay lindungi dan miliki.

Anda boleh lihat penerangan lanjut berkenaan perisian terapeak di sini. 

Ebay telah menawarkan kepada terapeak untuk bergabung bersatu untuk kebaikan pada masa akan datang.

Apatah lagi kita ni yang memang takde pape. Betapa kerdilnya kita. 🙂

Berbalik semula kepada tajuk kepentingan membuat kajian pasaran di ebay ini ialah kita perlu mempunyai asas dan sebab yang kukuh sebelum membuat keputusan untuk membuat jualan di ebay.

Mudahnya cakap macam ni, let say anda ada modal RM10,000. Anda nak memulakan perniagaan di ebay,

Saya pasti persoalan yang akan muncul di fikiran anda, produk apa yang patut anda invest untuk anda beli dan jual semula di ebay.

Betul tak?

Di sini terapeak memainkan peranannya.

Takkan anda nak hentam kromo pakai try and error beli jer sebarang produk then try try jual di ebay?

Ada untung ambil. Takde untung produk simpan bawah bantal bagi sedara mara.

Tak optimumlah bisnes anda kalau macam tu!

So, terapeak lah yang akan bantu anda sediakan Research report produk-produk yang berpotensi untuk anda invest.

Terapeak akan memberikan data-data seperti berikut:

  1. Jenis produk yang ada demand yang tinggi di ebay
  2. Keyword yang optimum untuk digunakan di iklan anda yang mudah buyer cari
  3. Harga yang kompetetif untuk anda jual di pasaran
  4. Kategori jualan yang optimum
  5. Negara mana yang mempunyai demand yang tinggi

dan banyak lagi……

Dari data-data seperti inilah yang membantu anda untuk membuat keputusan laburkan duit RM10,000 anda untuk beli barang yang sesuai.

Barulah anda ada asas yang kukuh. Takdelah masalah barang dah listing tapi takde sambutan dari pembeli.

Saya cakap dan cerita kepada anda adalah berdasarkan pengalaman saya. Ini untuk membantu anda membina halatuju dan tunjukkan jalan yang pintas untuk membuat jualan di ebay.

So anda takkan terhantuk dan mengalami kerugian seperti saya, yang terpaksa try and error sebelum jumpa jalan yang betul.

Ini saya kongsikan kepada anda hasil experimen saya bagaimana saya membuat jualan di ebay dengan modal RM1,500 untuk beli barang hasil dari kajian menggunakan terapeak.

Hasilnya memang lumayan! saya berjaya buat jualan dalam masa 1 malam sahaja lebih 30 unit item terjual di ebay!

Dengan strategi yang betul, anda mampu melakukan jualan seperti ini.

Hasil dari jualan ini saya berjaya buat jualan sebanyak RM9,098.59 iaitu hampir mencecah 5 angka!

Dengan keuntungan bersih 45% dari hasil jualan dalam masa yang singkat.

Saya hanya buat kerja ini secara part time sahaja. Di bilik rumah saya yang dipanggil sebagai office kecik. 🙂

Yang lebih penting bukan office canggih manggih, tapi kecantikan duit masuk berdesup tu lebih penting… betul tak?

Jika anda tak berjaya lagi nak menggandakan duit anda dalam skala yang kecil, jangan bermimpi untuk mampu untuk menggandakan duit dalam skala yang besar.

Jika tidak, anda pasti akan mengalami kerugian yang sangat besar. Bukan untung yang besar.

Ok bagaimana nak buat ni? Result saya dah tunjukkan, tapi tekniknya macam mana ni?

Senang sahaja..

Langkah #1 : Bina fundamental yang kuat

Anda perlu ada akaun ebay dan paypal dahulu. Jika anda tidak ada, macam mana nak buat jualan di ebay?

Anda perlu ada DSR di ebay dan proven history. Di paypal juga sama. Anda perlu lengkapkan segala dokumen yang perlu supaya pada masa akan datang apabila duit menderu masuk anda sudah tidak ada masalah lagi.

Dalam Ebook Panduan Ebay, teknik dan cara macam mana strategi untuk anda membina fundamental yang kuat ini ada diajar lebih lanjut.

Langkah #2 : Produk yang bagus dan berpotensi untuk di jual.

Di sinilah terapeak memainkan peranan.

Anda perlu ada akaun terapeak untuk membantu tugasan kerja market research anda mengenalpasti barang yang mampu untuk berikan pulangan yang optimum.

Klik di sini untuk daftar akaun di terapeak. 

Dari hasil data kajian di terapeak akan membantu untuk anda membuat keputusan barang yang patut anda beli.

Jika anda masih baru lagi, jangan terlalu berani. Saya cadangkan anda try lah dalam skala yang kecil dulu.

Invest dulu beli dalam modal RM1,000 – RM5,000 kemudian tengok macam mana jualan produk anda tu.

Belajar dulu apa masalah yang akan muncul. Sebabnya on paper takkan sama dengan real situation.

Dari pengalaman menjual dalam skala yang kecil lah yang akan membantu untuk anda membuat jualan yang lebih berskala besar.

Langkah #3 : Supplier yang reliable dan kompetetif.

Kenapa saya tak cakap murah?

Sebabnya, murah sahaja bukanlah indikator / kayu pengukur yang utama.

Jika murah tapi barang tak berkualiti buat apa kan? Lebih baik anda ada barang yang mencakupi dalam segenap aspek.

Yang lebih penting adalah adakah barang yang anda nak jual itu mempunyai track record yang baik dari sejarah jualan yang anda dapat dari kajian pasaran yang telah anda buat pada langkah ke dua di atas.

Itu lebih utama untuk jangka masa panjang. Jika anda dapat untung tapi akaun anda tak mampu untuk bertahan lama disebabkan dapat negatif feedback dari pembeli anda tak gunalah.

Sia-sia sahajalah kita berniaga.

Tujuan kita berniaga ni adalah untuk beri pulangan dalam jangka masa panjang. barulah berbaloi-baloi bang oi.

Supplier anda boleh jadi import dari china dan boleh jadi juga hanya dari Supplier yang ada di tanah air kita sendiri.

Barang-barang local juga tidak kurang hebatnya. Ada banyak yang boleh anda jual. Cuma mungkin anda perasan ataupun tidak. Itu sahaja.

Langkah #4 : Shipping provider yang efektif dan user friendly.

Perkara ini sangat-sangat penting.

Sebabnya kita membuat jualan secara online, logistic company yang kita pilih untuk hantar barang yang kita jual ke customer mestilah mempunyai rate yang murah dan juga cepat sampai ke alamat customer kita

Kalau lambat habislah kita.

Anda perlu pilih shipping company yang terbaik untuk membantu menghantar barang jualan anda dengan selamat.

Ada banyak company yang anda boleh gunakan, antaranya:

  1. Pos Malaysia (Pakej Flexipax)
  2. Singapore Post
  3. DHL Global
  4. UPS shipping courier
  5. Fedex
  6. Aramex
  7. Skynet

Dan banyak lagi.

Pastikan anda buat kajian dahulu setiap company seperti di atas. Untuk anda buat sedikit calculation kos shipping yang patut anda kenakan terhadap pembeli anda.

Pastikan juga ianya mestilah kompetetif. Anda mampu tawarkan harga yang mampu bersaing dengan ebay seller yang lain.

 

4 komponen ini jika anda dapat kuasai dengan baik, anda adalah KING di pasaran jualan ebay.

Jika anda mampu menguasai kesemua komponen ini, tidak ada masalah lagi bagi anda untuk membuat jualan di ebay dengan konsisten.

YA. Ilmu anda sudah ada, at least sedikit ilmu, tapi dalam bisnes, ilmu sahaja tidak mencukupi. Anda perlu praktiskan untuk dapatkan hasil.

Jika anda sekadar tahu sahaja, tapi tidak bertindak sia-sialah sahaja. Sekadar mampu menceritakan potensi bisnes di ebay kepada orang yang anda kenal.

Apa yang lebih penting sekarang ni adalah anda bertindak dan mula praktiskan apa yang anda tahu. Sebabnya dengan ilmu+ Praktis + Pengalaman = $$$$

Sekurang-kurangnya duit perbelanjaan harian anda sudah lepas.

Target dulu untuk selesaikan masalah kewangan yang kecil-kecil dulu. Seperti perbelanjaan susu anak, masalah kad kredit, bayaran installment kereta, bil telefon / internet dan sebagainya.

Dengan kejayaan mencapai target yang kecil dahulu anda akan merasa semangat untuk mencapai target yang lebih besar.

Apabila pengalaman dan skill anda telah terbentuk kelak bolehlah anda start target untuk lepas beli rumah / tanah / kereta dan sebagainya.

Jika anda nak belajar lebih terperinci bagaimana untuk membuat kajian pasaran dan mengenalpasti produk yang hot serta mudah terjual di ebay..

Anda boleh rujuk video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM) di sini.

Ia menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk lakukan market research dengan cara yang betul dan terbukti berkesan.

Semoga bermanfaat!

(Visited 326 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top