Ini Contoh Barang Mainan Yang Terlajak Laris Di Ebay!

Hari ini saya nak share kepada anda antara produk hot yang anda boleh jual di Ebay.

Iaitu barang permainan (toys).

Sebenarnya anda tak perlu nak jual semua jenis barang permainan.

Cukup hanya fokus 1-2 jenis barang tapi anda cukup arif tentang produk yang anda jual tu. Lagi spesifik lagi bagus. Sebab anda tak akan ada banyak pesaing untuk anda compete dengan penjual di seluruh dunia.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan tunjukkan antara Top seller kategori mainan di ebay.com oleh penjual dari Malaysia.

Ada  24 kategori bahagian toys & hobbies di ebay. Tetapi yang banyak di jual oleh seller Malaysia hanyalah 3 kategori iaitu:

  1. Diecast & Toy Vehicles
  2. TV,Movie & Character Toys
  3. Action Figures

toys-hobbies-wm

Berdasarkan real data terkini 90 hari ( Manual Research + Paid Research, 16 Sept to 15 Dec). Diecast & toy vehicles terdapat sebanyak 549 listing yang telah berjaya dijual (Sold item) oleh seller Malaysia.

diecast

Manakala kategori TV movie & character toys pula terdapat sebanyak 229 listing yang telah berjaya dijual (Sold listing) dalam tempoh 90 hari (16sept -15 dec).

movies

Untuk kategori ke 3, action figures pula terdapat sebanyak 187 unit yang telah berjaya dijual dalam tempoh 90 hari (16sept -15 dec).

action-figures

 

Diecast & Toy vehichles

Item yang menjadi kegemaran seller adalah Hotwheels super treasure hunt

Jom kita tengok siapa top seller malaysia yang diam-diam jer dia jual makan duit dari hasil berdagang di ebay..

hotwheels

Top seller hotwheel di malaysia adalah 2015mymuni. Saya dah follow dia ni dari tahun lepas lagi waktu ebay feedback dia zero. Ya. Dia adalah seller baru..

Tapi jangan terkejut! Walaupun player baru..still boleh jadi top seller.

mymuni

Akaun daftar pada bulan Mac 2015. Baru setahun lebih jer. Tapi feedback dah ada 919 dan more than 98% positive feedback?

Nak tau sales dia berapa?

Kita tengok sales dia dalam masa 90 hari terkini ( 15 sept to 13 dec 2016)

mymuni-salesNampak tak? Dalam masa 3 bulan sales sebanyak $12,537.37 dan sales throuh rate sebanyak more than 95%. Maksudnya jika dia listing 10 item, 9 daripada item yang di listing akan terjual! Tinggi tu conversion rate!

Memang dia jual barang yang laku keras!

Average sales sebulan adalah sebanyak $4179 = RM18,669.12. oleh kerana dia ni main barang fizikal profit agak tinggi. Ok sebagai contoh, jika kita ambil net profit sebanyak 40% sahaja side income bulanan dia adalah sebanyak RM7467!

 

Untuk mainan jenis kedua yang banyak di jual oleh seller Malaysia adalah model RMZ city dan welly model.

Siapa top seller ni? Ini dia..

RMZ city model top seller:

rmz-city

Welly model top seller juga adalah seller yang sama:

welly-model

Haa.. Macam nilah kalau anda nak buat research. Study dulu. Buat kajian dulu apa yang laris di Ebay. kemudian kaji siapa pesaing anda.

Lepas tu baru cari supplier dari china. Ada banyak… Nanti ada masa saya cerita mana nak dapat supplier.

Kalau pesaing ramai. Takyah lah jual. Kalau tak, nanti anda sibuk nak buang harga jer. Anda rugi, seller lain rugi. Customer orang putih jugak yang untung. Buat apa niaga kan kalau nak rugi. hihi ????

Jom kita tengok berapa sales yang diperoleh oleh penjual yang menjual RMZ city model dan welly model ni:

rmz-city-welly-sales

Nampak dalam masa 3 bulan jer dah kaut sales sebanyak $5,381.79!! bersamaan dengan RM24,038.92! dengan sale through rate yang lebih tinggi dari hot wheel iaitu sebanyak 97%!. (1 ogos 2016 – 29 okt 2016)

Maknanya, kalau anda listing 10 item, 9.7 item akan terjual di ebay!

Nak tau gaji dia berapa? dia ni seller barang fizikal. Gaji dia kita ambil 40% sahaja daripada sales. Gaji dia adalah sebanyak RM3205 sebulan! 

Banyak tu! sama level dengan gaji seorang cikgu dan pegawai kerajaan yang baru nak kerja. Kalau anda ada bisnes ni kan dah tak payah usik duit gaji. best kan?

sold-listing

Nampak tak? Hari-hari dia pergi pos barang. Setiap hari dia pos barang antara 2 unit sehingga 21 unit setiap hari. Tapi tak perlulah untuk anda pergi pos. Anda boleh upah jer budak-budak tolong poskan ataupun anda buat secara berjadual.

Malam sebelum tidur, anda semak order yang dah masuk. Kemudian, mintak tolong wife bungkuskan parcel. Esok pagi nak pergi kerja poskan sekali.

Buat secara part time jer. Gaji RM3K++ tu.

Takkan nak pos barang jer takleh kan. ????

Ok lah itu je yang saya nak share. Semoga artikel ini membuka minda anda untuk memulakan bisnes di ebay.

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

 

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Boleh klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

(Visited 357 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top