7 Contoh Makanan Malaysia Yang Anda Boleh Jual Di Ebay!

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan antara barang-barang makanan yang mungkin anda tak jangka di Ebay pun boleh dijual!

Bukan satu bukan dua.. tapi ada yang sampai dah beratus-ratus unit!

Apa barang tu? Saya selalu di tanya oleh ramai orang nak jual apa kat ebay ni!

Sebenarnya semua barang boleh dijual. Yang penting anda take action!

Jom tengok antara barang yang mudah untuk anda dapat di kedai-kedai runcit atau di sekeliling anda.

Jajan/ junk food Super Ring

Nampak tak? Dah lebih 15 unit terjual! Jual super ring ni jer dah bagi seller ni sales sebanyak 310.5 usd bersamaan dengan RM1387!

Anda pun mesti pernah makan jajan ni kan? Saya pun suka jajan ni… Tapi jangan lupa, mat salleh pun teringin nak makan jajan lejen ni.

So apa lagi? Supply la. Try jual. Insyaallah ada rezeki, pasti ada pembeli. Orang lain boleh jual kenapa tidak anda?

Tea Boh Cameron

Biasa nampak tak teh ni? ????

Berapa harga teh ni? Tak sampai rm10 kan? Tengok dia jual berapa unit dah? 149 unit dah!

8usd + 10usd = 18 usd x 149 = USD 2682 = RM11,988.54!!!

Fuyyooo!! Jual teh boh cameron jer dah menyumbang sebanyak RM12K!!

Nak dengan taknak jer sebenarnya.. Air ni silap-silap hari-hari anda minum….

Tapi janganlah minum jer. Jual lah sekali. At least menyumbang jugak pendapatan ekonomi diri anda waktu tengah gawat ni kan.

Mee Meggie

Haa tengok mee maggi pun boleh jual! Harga kapak pulak tuh. Kat sini baru RM5 jer. Jual mak aih.. USD15.50!

Dah 7 unit terjual pulak tu!  Dah menyumbang sebanyak RM485 beb!

Gula-gula hacks

Pergh! Gula-gula hacks pun boleh jual. 5 paket dah terjual. RM2 jer kalau tak silap beli kat sini.

Ni jual USD7.50 sepeket. Memang pandai betul orang malaysia buat untung. Modal RM2 sepeket. Jual 5 paket dah dapat sales RM167!

Siapa kata orang Malaysia tak pandai berniaga?

Gula-gula hacks gula-gula biasa tapi yang jual bukan biasa-biasa! ????

Jajan Mamee Monster

Haa..ni lagi satu. Jual jajan lagi. Tapi bukan jajan super ring. Tapi jajan mamee monster pulak.

Saya percaya anda mesti pernah makan or pernah tengok orang makan jajan ni kan?

Berapa harganya? Saya tak ingat dah lama giler tak makan jajan ni. Dulu kecik-kecik makan la.. Berapa dah sales dari jualan jajan ni?

USD12.79 x 12 x rm4.47 = RM686!

Jual jajan jer dah buat sales RM686!

Kalau dulu waktu kecik-kecik aku tau jajan ni boleh jual kat ebay dari kecik lagi aku dah kaya. hehehe!

Curry Powder

Rempah kari pun boleh jual. 58 unit dah sold. Fuhhh!

2.99+1.99 = $4.99 x 58 x RM4.47 = RM1291.

Berapa ringgit jer lah rempah kari babas ni

Siot. Babas betul..

Old Town White Coffee Hazelnut

Mak aih. Old town white coffee pun boleh jual!

USD19.88 x 130 unit x RM4.47 =RM11,552.27  woiiii!

Nampak tak? Malaysia ni sebenarnya kaya dengan sumber makanan yang memang ada jer sambutan di luar negara.

Ni baru sikit! Saya tak larat nak tunjuk semua. Tapi at least lepas ni terbukak lah mata anda untuk belajar menjual di ebay ni.

Kenapa?

Sebab ebay ni jual guna matawang US Dolar. Lepas tu kan. Ebay ni tak payah nak pam buat iklan macam FB Ads. Tak payah nak mengayat suruh orang beli bagai. (So sangat sesuai bagi anda yang malas nak follow up prospek untuk beli produk anda)

Kerja anda cuma buat iklan lepas tu tido or jalan-jalan sampailah barang anda orang beli.

Dah ada orang beli pergilah post. Jangan scam orang pulak. :p

 

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

 

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Boleh klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

(Visited 180 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top