Ini 6 Soalan Wajib Sebelum Anda Menulis Ayat Iklan!

Artikel ini khas untuk mereka yang berniaga di online dan ada masalah seperti:

  • Takde idea nak tulis iklan.
  • Rasa ilham tak sampai-sampai.
  • Tak tahu nak target siapa, stuck!
  • Tak tahu nak mula dari mana.
  • Mahu tahu punca & penyelesaian.

Sekurang-kurangnya ada 2 punca utama kenapa ramai peniaga tiba-tiba ada masalah seperti di atas.

1. Tak kenal pelanggan.

Pelanggan adalah perkara paling utama dalam iklan.

Kita tak kenal pelanggan. Kita tak akan mampu mempengaruhi mereka.

Kesannya, kita akan jadi blur. Sampai tak tahu nak tulis apa. Kalau tulis pun meleret-leret. Kalau kita post pun, akan dapat banyak LIKE jer. Yang betul-betul hubungi @ Whatsapp sikit.

Kita tulis iklan ini macam tulis surat. Bila palanggan rasa ‘surat’ itu untuk dia, mudah dia suka dengan ayat-ayat kita.

Bak kata Father of Advertising, David Ogilvy:

“Do not address your readers as though they were gathered together in a stadium. When people read your copy, they are alone. Pretend you are writing to each of them a letter on behalf of your client.”

Tak kenal pelanggan menyebabkan kita blur untuk menulis.

Nanti saya berikan caranya.

2. Tak kenal produk.

Produk adalah apa yang kita jual.

Kalau kita tak kenal produk, bagaimana nak terangkan manfaatnya kepada pelanggan? bagaimana kita nak cerita beza produk kita dengan orang lain?

Kesannya, kita tak akan tahu nak cerita apa dalam ayat iklan.

Antara petanda kita belum kenal produk. Selepas tulis tajuk, kita terkial-kial nak tulis ayat seterusnya.

Anda rasa anda ada masalah di atas?

Berita baiknya!

Hari ini saya akan kongsikan 6 soalan wajib yang perlu dijawab sebelum menulis iklan. Supaya sekurang-kurangnya kita lebih:

  • Jelas nak mula dari mana.
  • Tahu cara asas untuk kenal pelanggan.
  • Tahu apa yang perlu ditulis dalam iklan.

Anda dah sedia nak tahu soalan-soalannya? Jom sediakan pen dan kertas untuk catat…

Soalan #1 – Siapa Pelanggan Ideal Anda?

Tentukan dulu dengan siapa kita nak bercakap.

Caranya mudah. Cuba lukis satu orang lidi atau lakarkan dalam satu kertas.

Kemudian jawab berdasarkan poin di bawah ni;

  • Aku sekarang ni jual apa?
  • Apa 1 manfaat produk yang aku boleh tawarkan?
  • 1 manfaat ini untuk siapa?
  • Siapa yang betul-betul perlukan manfaat ni?
  • Kenapa dia perlukan manfaat ini?
  • Lelaki ke perempuan?
  • Umur?
  • Dah kahwin ke belum?

Jika produk anda dah pernah terjual, ia akan jadi lebih mudah. Anda ambil satu profile pelanggan yang pernah membeli. Kemudian, cuba jawab soalan di atas tu.

“Mak ai, banyaknya. Penting ke nak tahu semua benda ni? Apa relevannya untuk saya tahu?”

Ya, memang penting pun.

Semua soalan ini bertujuan untuk ketahui keinginan sebenar pelanggan kita. Bila kita tahu apa yang mereka inginkan, mudah kita nak buat apa sahaja ayat iklan.

Keinginan itu terletak di dalam minda mereka. Cara paling cepat untuk tahu adalah dengan bertanya.

Dah jawab semua poin di soalan pertama.

Pergi ke soalan kedua …

Soalan #2 – Apa Matlamat Utama Anda Buat iklan?

Setiap iklan mempunyai matlamat yang berbeza-beza;

  • Ada yang nak bawa ke website.
  • Ada yang nak jual terus.
  • Ada yang nak dapatkan nombor Whatsapp.
  • Ada yang nak dapat respon melalui SMS.
  • Ada yang nak kumpul subcriber, dsb.

Matlamat ini yang menentukan anda nak bawa iklan ini kemana.

Matlamat ini lebih kurang macam destinasi la.

Anda nak bawa prospek anda ini ke mana. Bila anda jelas nak bawa prospek kemana, baru anda tak blur.

Matlamat ini juga penting untuk mudahkan anda ukur prestasi (KPI) sesuatu iklan.

Jika takde matlamat, anda pun tak tahu, iklan anda tu berjaya ataupun tidak. Untung ke rugi. Patut diteruskan atau dihentikan. Patut dinaikkan bajet atau dikurangkan.

Dah faham bahagian ini?

Jom kita teruskan kepada soalan berikutnya.

Soalan #3 – Apa Mesej Yang Anda Nak Sampaikan?

Ringkasnya, apa yang anda nak beritahu prospek:

  • Nak tolong prospek selesaikan masalah X.
  • Nak bagitahu kita ada lancarkan produk baru.
  • Nak bagitahu manfaat jadi ejen.
  • Nak bagitahu offer tinggal 10 unit lagi.
  • Nak umumkan diskaun 30% sempena oktober.

Bila anda jelas dengan mesej yang ingin disampaikan. Barulah anda tak blur ketika menulis. Tanpa mesej yang jelas, orang tak akan faham apa hasrat hati anda.

Mesej ini macam peta!

Ia berfungsi untuk beritahu dengan jelas kemana prospek akan dibawa dan kenapa mereka kena sampai ke ‘destinasi’ anda.

  • Jika destinasi anda, mahu prospek pergi ke kedai. Jelaskan ‘kenapa’ mereka kena pergi ke kedai dengan segera.
  • Jika destinasi anda, mahu prospek isi borang untuk set temujanji. Jelaskan ‘kenapa’ mereka kena isi borang itu dengan segera.

Apa yang pasti, mesej yang kita nak sampaikan itu mestilah kena dengan ‘selera’ mereka.

Masih boleh ikut setakat ini?

Jom kita pergi ke soalan yang keempat…

Soalan #4 – Dekat Mana Prospek Anda Berada?

Mesej jer power, tapi kalau orang tak dapat baca pun tak guna.

Untuk menjawab persoalan ini, ia berbalik semula kepada siapa pelanggan anda;

  • Dimana mereka berada?
  • Dimana mereka cari penyelesaian?
  • Dimana mereka meluahkan perasaan?

Ada peniaga yang gunakan;

  • Surat khabar untuk sampai mesej mereka.
  • Ada yang guna radio.
  • Ada guna flyer.
  • Ada yang gantung banting dekat tiang lampu.
  • Ada guna blog/website.
  • Ada yang guna Facebook sebagai alat untuk sampaikan mesej mereka.

Setiap pelanggan berbeza tempat lepaknya.

Asasnya: 

“Dimana ada prospek anda, di situ anda patut pacak iklan”

Jika pelanggan anda di Facebook, buatlah iklan di Facebook. Jika pelanggan anda banyak di Radio Klasik Nasional, buatlah iklan disitu.

Jelas setakat ini? Jadi, jangan terikut-ikut sangat dengan produk orang lain.

Setiap produk berbeza segmen pelanggannya.

Dah siap semua ni, baru lihat soalan 5…

Soalan #5 – Berapa Target Anda Untuk Kempen Ini?

Ia bergantung pada pengalaman dan prestasi iklan anda sebelum ini.

Kenapa soalan kelima ini juga penting?

  1. Supaya kita jelas dengan apa yang kita nak.
  2. Supaya mudah kita nak anggarkan bajet iklan dengan stok yang tinggal.
  3. Supaya kita tak lari fokus kejar data yang tak penting.

Saya pernah ada student. Matlamat nak sale. Tapi kejar LIKE, KOMEN & SHARE. Selepas diterangkan, baru dia sedar fokus beliau dah tersasar dari landasan.

Bak kata omputeh: “Begin with the end of mind”

Tony Robbin pun pernah pesan;

“Dream without plan is a wish”

Sebenarnya ada cara untuk anda letakkan target semua tu. Boleh google ‘Smart GOAL Formula’.  Tapi untuk elakkan artikel ini terlalu panjang. Saya kongsikan dalam bentuk situasi;

Contoh: Target jualan anda 1000 unit produk.

Salah satunya, anda kena tentukan, berapa lama masa anda nak jual 1000 produk ni.

  • 1 minggu?
  • 1 bulan?
  • 1 tahun?

Cuba pecahkan. Sampailah kita boleh ukur berapa unit sehari kita kena jual. Untung ke rugi berbanding dengan kos iklan yang dilaburkan.

Selebihnya anda baca la ‘Smart GOAL Formula’ ya…

Soalan #6 – Bila Anda Nak Lancarkan Iklan?

Plan siap-siap masa kita lancarkan iklan;

  • Bila kita nak run iklan ini?
  • Hari apa? Masanya?
  • Bila kita tampal iklan ni?
  • Bila waktu yang ideal pelanggan kita terpacak boleh tengok iklan kita?
  • Bila kita nak gantung iklan ni?
  • Jam berapa?
  • Pagi ke petang?
  • Waktu cuti ke bekerja?

Lepas jawab salah satu soalan di atas, tanya pula ‘kenapa’.

“Kenapa aku pilih waktu itu? Kenapa aku tak pilih waktu lain? Apa prospek atau pelanggan aku memang aktif masa ni?”

Tujuan saya suruh tanya ‘kenapa’ ini adalah untuk kita jelas dengan keputusan yang kita ambil.

Contoh: Anda bercadang nak run iklan pada pukul 2 petang.

Kenapa pukul 2 petang?

Contoh jawapan;

“Sebab jam 2 petang orang baru naik ofis. Sebab waktu tu ramai orang online dalam pejabat.”

Ini contoh sahaja.

Yang penting anda tahu, sebab apa anda pilih waktu itu.

Sama juga kalau kita nak edar flyer, banner, radio, iklan TV, apa sahaja saluran atau media.

Tentukan siap-siap bila anda nak terbitkan iklan.

Baiklah, dah selesai 6 soalan penting ni ..


Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?

Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut, anda boleh isikan borang online di bawah supaya kami boleh berikan maklumat terus kepada email anda. Terima kasih

Blank Form (#1)

Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.

(Visited 418 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top