Dalam konteks pengiklanan visual (Facebook, Instagram, Surat Khabar), benda pertama yang kita kena mahir adalah tarik perhatian. Bila mana kita berjaya tarik perhatian. Itu petanda awal iklan kita akan di baca.
Antara fakta yang kita kena faham ialah manusia sibuk.
Sibuk dengan hal masing-masing. Kalau dia tak sibuk pun, dia akan buat-buat sibuk. Ya, itulah asal sifat manusia.
“Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang tak buat apa-apa”
Jadi apa perlu kita buat?
Jika iklan kita tak mampu menarik perhatian mereka.
Jangan harap mereka nak baca keseluruhan apa yang kita tulis.
Sebab itulah headline merupakan ‘nadi’ paling penting dalam penulisan iklan. Dan pada hari ini, kita akan belajar.
Bagaimana ingin menulis headline yang memukau kurang 5 saat. (Maksud 5 saat bukan pada cara nak tulis. Tapi ketika pembaca membaca headline tersebut)
1. Tujukan kepada 1 kelompok yang spesifik sahaja.
Ingat lagi kisah pasal manusia? Manusia sentiasa sibuk.
Jika sesuatu perkara itu tak ada kena-mengena dengan mereka. Mereka akan abaikan. Dan mula sibukkan diri dengan benda lain.
Jadi antara cara cepat untuk tarik perhatian adalah dengan panggil mereka. Manusia sangat alert (berwaspada) jika sesuatu situasi itu melibatkan diri mereka
Contoh nama anda ‘Ali’.
Jika saya panggil; “Ali, sila ke depan”. Sudah tentu anda akan fokus, apa yang saya nak sampaikan.
Mudah je teorinya. Bila ada orang panggil kita. Kita akan ‘angkat tangan’ & berkata;
“YA! Aku disini, kenapa?”
Ini juga antara sebab, kenapa kebanyakkan headline yang menjual itu hanya fokus untuk 1 kelompok pelanggan sahaja. Sebab ia lebih personalize.
(Banyak case study dari klien kami yang berjaya dengan headline jenis ini)
Saya amat menantikan jika suatu hari nanti. Facebook kemaskini sistem iklan mereka. Sehingga kita boleh panggil seseorang dengan ‘Nama’. Mesti menarik bukan?
Jadi, jangan panggil semua orang. Semakin umum sesuatu headline ditulis, semakin susah kita nak minta mereka ‘angkat tangan’.
Bak kata orang puteh;
“When we talk to everybody, we talk to nobody”
Bila kita cuba cakap dengan semua orang. Sebenarnya kita tak bercakap dengan sesiapa pun.
Contoh yang saya bawakan disini. Bayangkan diri anda sebagai pembaca yang suka travel, mana satu headline yang lebih menarik perhatian;
- Suka travel?
- Suka travel ke eropah?
- Suka travel ke eropah pada musim salji?
Cuba pilih yang mana satu? 1, 2 ke 3.
Ikut kajian saya & team Fames. Semakin spesifik, semakin mudah orang tertarik dengan sesuatu headline.
Ok. Selepas selesai pemahaman ini. Kemudian kita pergi kepada poin nombor 2.
2. Kenalpasti apa manfaat no.1 yang pelanggan kita nak.
Ia bergantung kepada kelebihan produk & kemahuan pelanggan anda.
Kunci untuk tahu dengan cepat apa yang pelanggan mahukan adalah dengan mendengar penuh teliti. Senang cerita ‘tadah telinga’ apa yang pelanggan cakap.
Ia biasanya terbahagi kepada dua bentuk;
- Apa yang pelanggan selalu komplen?
- Apa yang pelanggan selalu tanya?
Dua soalan ini penuh bermakna.
Soalan yang ditanya merupakan petunjuk itulah manfaat utama yang mereka cari dalam produk/servis kita. Manakala komplen adalah apa yang pelanggan tak mahu.
Sebagai contoh, jika anda menjual power bank kepada lelaki yang suka travel jauh;
i – Kita kena tahu power bank yang macamana lelaki travel inginkan?
ii – Dan kenapa dia cari manfaat seperti itu?
Kita hanya dapat jawab 2 soalan di ini.
Jika kita beri peluang kepada telinga kita untuk mendengar apa yang pelanggan tanya & komplen. Contoh soalan yang sering ditanya:
Soalan tentang kemahuan – “Power bank ini, boleh caj berapa kali?”
Sebab datang dari komplen – “Baru caj 2-3 kali dah habis bateri”
Jika anda sudah tahu apa yang mereka inginkan. Barulah anda gabungkan poin nombor 1 & poin nombor 2.
Untuk menggabungkan-nya, lihat poin nombor 3.
3. Buat headline jenis offer berdasarkan maklumat poin nombor 2.
Bila anda sudah tahu manfaat yang prospek betul-betul cari.
Ia sudah menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu masukkan sahaja manfaat tersebut di bahagian headline seperti:
Poin 1 – Suka travel ke eropah pada musim salji?
Poin 2 – Bateri cepat habis. Power bank ini boleh caj lebih 20 kali.
Sebagai copywriter untuk syarikat-syarikat SME. Saya lihat pada tahun 2016. Manusia semakin terdedah dengan teknologi.
“Dah kenapa cerita pasal teknologi?” – Sabar. Ada kena mengena dengan tajuk ini.
Teknologi mempengaruhi rutin & tindakan manusia. Jika dahulu manusia boleh bersabar, sekarang semua benda nak cepat. (ditambah dengan sifat semulajadi malas manusia)
Begitu juga dalam copywriting. Jika dahulu manusia mampu menunggu 10 saat untuk kita terangkan apa yang kita jual. Kini tinggal 5 saat sahaja.
Sebab itu kalau anda perasan. Kenapa iklan di Youtube berdurasi 5 saat sebelum kita dibenarkan ‘Skip’. Semuanya telah dikaji. (Ini tajuk panjang, tak sempat cerita dalam artikel ini)
Moral of story, kalau kita tak boleh beritahu dalam masa 5 saat apa yang kita tawarkan, iklan anda ada potensi besar tidak dibaca.
Akhir kata daripada saya.
Kenapa headline jenis ini sangat berpengaruh & membuatkan orang teringin nak membeli?
- Headline ini fokus kepada 1 kelompok pelanggan sahaja.
- Headline ini menawarkan manfaat yang betul-betul pelanggan nak.
- Pelanggan boleh faham apa yang kita jual kurang 5 saat.
Itu sahaja untuk artikel kali ini.
Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut, anda boleh isikan borang online di bawah supaya kami boleh berikan maklumat terus kepada email anda. Terima kasih
Lihat Juga Artike ini: Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis! >>