Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah kenalan saya bagaimana beliau tahu cara langsai hutang dengan cepat.

Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau.

Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya.

Oleh: Zul Ariffin Maarof

Ceritanya macam ni….

Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Yelah, orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak. :p

So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan wife saya untuk bukak kedai makan.

Saya cakap, “syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh. lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insyaallah orang datang lagi nak makan.”

Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.

Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman. Duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di Ebay. Kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari Ebay lah.

Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2,000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin, bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.

So hajat saya sebelum saya habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.

So saya dah mati akal. Bajet RM100k sahaja. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini. Mak saya nampak saya susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K. Tapi masih tak cukup lagi.

So saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank. Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.

Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank akaun syarikat saya, Mama Baryani House.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit saya berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. Saya bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak. Hehe ????

Bermulalah perangkap kad kredit….

Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya.

Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit cash semakin berkurangan. Dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.

Sales kedai pulak waktu tu dah jatuh. Sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.

Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut, sebab dibebani hutang kad kredit.

Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup taknak ada hutang dari bank langsung.

So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.

Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam, untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni.

Saya doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni. Kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah ni.”

Lepas sembahyang. Hati saya tenang sikit.. Saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun Ebay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di ebay…

Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel..

Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang.

Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dengan negara dorang yang memang takde, tak mungkin dorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru. Tentunya dorang akan pakai konsep bisnes dropship.

Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller Ebay dari Israel iaitu siapa seller Israel yang jual barang trending ni.

Dari pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, website raddit.com dan Google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg saya tetapkan tu mestilah ada 2 ciri:

  1. Barang ni tak vero
  2. Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam

Hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa.

Saya fikir saya taknak dedahkan, saya nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila. Tapi semalam saya terbaca satu post di facebook.

Hati saya cukup tersentuh. Sebabnya dia baru je beli Ebook Pre-launch saya. Dan dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. (saya tak like dan saya tak komen apa-apa. Cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada.)

Dan saya terdiam, saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi saya buat macam tu cuma dapat tolong sementara sahaja. Tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.

Saya tau, kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah kewangan dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Sebab itulah saya spend masa saya untuk tulis jugak buat artikel ni.

Ada juga yang pm sy di Facebook cakap nak bunuh diri. Aduh! Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. Tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan.

Tapi sejujurnya kalau anda player Ebay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. Sebab tu adalah periuk nasi anda. Takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.

Tapi saya dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. Boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.

Ok. sy rasa dah panjang sangat sy membebel. Saya cerita terus hasil dari kajian saya tu.

Ini barangnya. Sushi maker Sushezi Bazooka. Jualan barang ini lah yg telah membantu saya menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya, iaitu dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Ini seller cina. Dia jual USD4.99

Ini seller Israel. Dia jual USD22

Ini pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com

Kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. Profit bersih $14.07

Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388.

Ok ni listing saya pulak..

Listing saya mendapat 325 viewed per day. Sebab barang trending.. Saya tunjukkan bukti berapa banyak sold.

Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan sy mendapat reward dari ebay reward yang tertinggi iaitu top rated seller + power seller di ebay. Alhamdulillah.

Ini screenshot yang sempat saya rakamkan sebagai casestudy untuk anda. Duit yang saya withdraw dari paypal ke akaun bank.

Ini adalah screenshot duit yang dah clear masuk ke akaun bank..

Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75, Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun Ebay yang lain..

Kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant.

Ada juga duit dari paypal yang saya tak withdraw tapi saya jual je pada sapa-sapa yang nak.

Ok, so macam mana saya buat?

Caranya mudah sahaja. Nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak faham.

Caranya macam ni.

Langkah #1:

Anda cari produk-produk yang trending di www.reddit.com. Luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending.

Anda tau apa website ni? Saya pun tak tau. hehe. Yang saya tau website ni macam forum la. Cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di usa.

Dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.

Selain itu juga anda boleh kaji dari facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA

Langkah #2:

Setelah anda dah jumpa barang yang hot. Cuba lakukan carian di Ebay pulak. Tengok ada tak produk yang anda kaji tu ada demand yang tinggi di ebay.

Ciri-cirinya:

  1. Barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
  2. Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship.
  3. Barang tu tak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.

Langkah #3:

Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, InsyaAllah akan ada buyer yg beli dari anda.

Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yang harga murah sangat.

Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.

So, dari situasi ini sebagai penjual, insyaAllah barang anda pasti akan terjual.

Ini lah yang sy buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya.

Jika anda pernah menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah Ebay.

Kenapa?

Sebabnya ebay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsaap dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli.

Anda tak perlu buat semua tu. Penat. Serius penat. Saya dah rasa dulu. Sampai bini tegur “Hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha ????

Ebay ni mudah sangat-sangat. Orang datang Ebay memang dia dah mindset nak beli. Anda cari je barang apa yang dorang ni nak.

Tunjuk jer nak beli ke tak, insyaAllah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, insyaAllah confirm dia bayar kat anda.

Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni.

Apa yang saya share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yg telah sy dokumenkan. Dalam ebook tu saya dah siapkan proses dari A to Z.

Jika anda seorang newbie atau bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly. Insyallah anda akan tahu cara langsai hutang dengan cepat melalui kaedah ini.

Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit. Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.

Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

Jika anda berminat, klik di sini untuk anda dapatkan Ebook Panduan Ebay ini dengan harga istimewa.

Semoga bermanfaat!

(Visited 313 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top