Apa yang perlu new seller tahu untuk mula buat duit dengan Ebay?
Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.
Ini antara soalan yang sering ditanya:
Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi.
Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula.
Untuk mula buat duit dengan Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:
- Kaedah membuat Kajian Produk
- Mencari Sumber Supplier yg murah
- Membuat Iklan di ebay
- Proses Order
Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik.
Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk
Ini adalah persoalan utama yang sering bermain di fikiran new seller. Persoalan barang apa yang nak dijual, adakah ada permintaan dan sebagainya.
Cara nak buat research ni kalau anda dah tahu mesti anda terkejut sebab tak sangka sebenarnya banyak benda yang boleh dijual di ebay ni
Cara yang paling simple nak buat jualan, ialah anda perhatikan dalam rumah anda, barang apa yang tak dipakai lagi, so kalau ada just ambil gambar dan iklankan di ebay.
Kaedah kedua kalau anda masih takde idea nak jual ape, just pergi je kat shopping complex, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan apa barang yang ada dijual kat sana.
Jika ada barang yang menarik perhatian, anda cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay, kalau ada anda boleh beli satu dulu dan try buat iklan kat ebay.
Jom kita tengok beberapa contoh:
Tiger balm ni boleh dapat kat kedai-kedai runcit, harga datang baru berapa ringgit je, kalau anda beli borong, dapat jauh lagi murah.
Contoh barang ke 2:
Harga sebotol baru RM15 or USD3.52, harga seller ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit
193 x 12.99 = USD2507.07 = RM10682.02! banyak tuuu. kan?
Jual durex play jer. 🙂
Ok, so dah tau sikit-sikit try lah buat latihan. Bagi suami yang selalu temankan isteri shopping tu, anda boleh buat market survey sikit.
Tengok apa barang yang anda jumpa tu then bukak handphone search kat ebay ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu.
Kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.
Alright, tu kaedah cuba-cuba. Orang panggil kaedah konvensional.
Manakala kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual ataupun menggunakan software.
Kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay then masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai competitor dan sebagainya.
Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa item yang telah terjual menggunakan advanced search ebay.
Leceh sikit la kalau buat manual.
So jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang dah sedia ada seperti website terapeak. Website terapeak ni akan bantu anda buat analisa barang terjual dan bagi anda keputusan patut atau tak patut untuk anda jual barang anda dah jumpa tu.
Di dalam Video Export Mudah, ada video tutorial yang menerangkan macam mana nak buat kajian pasaran secara santai tapi menyengat.
Langkah 2 : Mencari sumber supplier yang murah
Bila dah tau demand, sekarang ni anda cuba cari pula supplier yang termurah di pasaran.
Jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan data-data kajian yang anda dah analisa menggunakan terapeak, so jangan takut-takut untuk start invest sikit duit beli produk dari supplier.
Jangan pening-peningkan diri anda, kalau tak jumpa supplier, tengok je kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat mydin, tesco, jusco, watson, guardian atau mana-mana sahaja yang ada jual barang yang anda nak.
Kalau jumpa harga memang lagi murah dari anda nampak kat ebay, ada profit, jalan jer.
Itulah supplier anda, tak semestinya supplier tu mesti kena harga paling rendah seminima yang mungkin, nanti bila dah start jual pelan-pelan cari lagi sumber yang lebih murah.
Yang penting anda jual kat ebay ni ada progress.
Anda belajar something. Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. Kalau tak saya percaya smpai bila-bila anda takkan start-start menjual di ebay.
Kalau takut nak beli banyak, beli je 1-2 dulu sebagai stok.
Nanti bila dah dapat rentak dan dah yakin hasil kajian anda tu memang betul ada demand boleh jual kat ebay, baru start pam modal lagi besar untuk tambah stock.
Ni orang kata cara smart berniaga. Modal seminima mungkin dan profit semaksima mungkin. Baru namanya anda berniaga dengan kos yang paling minima.
Langkah 3 : Membuat iklan di ebay
So bila anda dah tau ada demand, lepas tu dah ada supplier, dah beli satu dua stock untuk jual, ape lagi, ambil gambar lawa-lawa untuk buat iklan kat ebay la.
Kalau camera canggih-canggih takde pun takpe. Kalau takde lighting box pun takper. Takde masalah.
Jangan bebankan fikiran anda untuk kena ada semua benda dulu sampai lengkap, yang penting progress.
Guna jer apa yang anda ada dulu. Nanti dah ada sale masuk atau dah ada bajet baru start upgrade barang-barang keperluan bisnes anda pelan-pelan.
Ok bila dah ada gambar yang memuaskan, buka akaun ebay anda dan buat iklan untuk try jual barang jualan anda tu secara auction atau buy it now.
Kalau barang tak terjual, takde kerugian apa-apa pun. Kalau terjual anda dapat profit.
Senang kan?
Ebay dah tolong carikan buyer untuk anda. Dah siap iklan tunggu je sampai listing anda tamat. sementara tunggu tu anda boleh fokus buat kerja lain pulak.
Langkah 4 : Proses Order
Congatulation your ebay item sold! You receive a payment!
Itu adalah emel yang pertama anda akan terima apabila anda punya barang berjaya terjual.
Kalau barang ni adalah barang yang pertama anda berjaya jual di ebay, ucapkan syabas untuk diri anda!
Akhirnya usaha anda telah nampak hasil. Jangan fikir dulu berapa profit yang anda dapat, walaupun tak besar pada awalnya, tapi apa yang lebih penting dah dah tau algorithm ebay.
Anda dapat paham macam mana nak jual kat ebay ni. Apa yang lebih penting anda dah ada ilmu berniaga di ebay.
Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat buyer dari jualan anda di ebay.
Peringkat ni anda perlu belajar macam mana nak pos barang anda ke customer, kenalpasti shipping company mana yang terbaik dan termurah.
Saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya sangat murah. dengan harga RM8 + RM4.6 (tracking number) anda dah boleh hantar barang sampai ke USA.
Dah selesai hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.
Mudah kan?
Kesimpulan
So sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang.
Sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.
Tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. Apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action.
Lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada progress.
Percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang gagal sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.
Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak
Anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.
Kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. Modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? Boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?
Tak boleh kan? At least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu.
Belum lagi kos-kos yang lain..
Berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. Total kos adalah RM13 sahaja.
Modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay.
Saya sangat recommend jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.
Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Boleh klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>
Semoga bermanfaat!
Assalam Tuan/Puan
Terima kasih kerana berkongsi kemahiran
Saya dah buka akaun eBay tapi tak pernah beli @ jual Skrg akaun tak boleh buka, nak kena verify semula
Jk dah boleh buka nanti saya akan cuba buat sale
Jazakumullahukhoir
Allhamdulillah, tahniah anda telah membuka akaun ebay.
Slm…x dpt download lh ebook ebay ni…
boleh tekan link ini https://www.onlinejer.com/panduanebay. terima kasih kerana bagi maklumbalas.